Wednesday, September 10, 2008

PERANG HARGA BUFET RAMADHAN

Bulan Ramadhan sememangnya menyeronokkan apatah lagi dapat makan makanan yang pelik-pelik yang tak pernah wujud pada hari-hari biasa.

Sememangnya Malaysai amat bertuah kerana dikurniakan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap dan enak-enak, tetapi ada pihak yang masih mengambil kesempatan di atas nama Ramadhan ini.

Bercakap pasal ambil kesempatan ni, kita boleh lihat di hotel-hotel yang menganjurkan bufet Ramadhan yang kadang-kadang harganya tidak masuk akal.

Bayangkan untuk bufet Ramadhan ada hotel yang mengenakan bayaran sehingga RM200++ untuk satu kepala. Memang dari segi kepelbagaian makanan kita boleh rambang mata dibuatnya, tetapi pada hakikatnya berapa banyak makanan yang boleh masuk ke dalam perut.

Malah kalau diperiksa pelbagai hotel menawarkan pelbagai jenis bufet Ramdhan yang betul-betul pening kepala.

Paling-paling tidak pun harganya dari RM50++ hinggalah ke beratus-ratus ringgit.

Itulah yang dikatakan pembaziran kerana duit yang sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lain dibuang begitu sahaja sedangkan kalau berbuka dengan hidangan lain pun takkan sampai ke jumlah tersebut.

Ingatlah pembaziran itu amalan syaitan.....

No comments: