Saturday, September 20, 2008

KEMBALI BERTEMU....

Assalamualaikum...Selamat kembali selepas lebih 10 hari tidak posting bukan kerana tidak ada apa yang hendak ditulis tetapi terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk menulis.

Selama beberapa hari lepas, itulah masa yang terbaik dan cukup best untuk kau berehat selepas pilihan raya umum kecil Permatang Pauh.....Bolehlah layan rest dan macam-macam yang boleh disettlekan.

Untuk pengetahuan semua hari ini motosikal baru Honda Wave 125s hitam selamat tiba dari Kota Bharu. Masih menggunakan nombor WKW 7879 (nombor lama pada motosikal Honda EX5).

Boleh tahan juga performancenya maklumlah barang baru mestilah best....Tapi jasa EX5 WMQ 7879 tidak dilupakan walaupun motor tu dah dihantar balik ke kampung untuk kegunaan abah.

Bisnes serunding masih lagi berjalan dan sambutan begitu hangat sekali dari kawan-kawan. Thanks for your support and hopefully the business is growing and growing this year.

Kali ini order dari pelbagai kawan-kawan bukna dari press sahaja malah dari hotel dan sektor korporat malah ada juga dikhabarkan dari mak -mak datin NS, (kalau Rais tipu, korang dan aku pun tertipu).

Kira bolehlah buat beli baju raya anak-anak untuk raya tahun ini, sebab aku pun belum pasti nak raya kat mana....

Wednesday, September 10, 2008

PERANG HARGA BUFET RAMADHAN

Bulan Ramadhan sememangnya menyeronokkan apatah lagi dapat makan makanan yang pelik-pelik yang tak pernah wujud pada hari-hari biasa.

Sememangnya Malaysai amat bertuah kerana dikurniakan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap dan enak-enak, tetapi ada pihak yang masih mengambil kesempatan di atas nama Ramadhan ini.

Bercakap pasal ambil kesempatan ni, kita boleh lihat di hotel-hotel yang menganjurkan bufet Ramadhan yang kadang-kadang harganya tidak masuk akal.

Bayangkan untuk bufet Ramadhan ada hotel yang mengenakan bayaran sehingga RM200++ untuk satu kepala. Memang dari segi kepelbagaian makanan kita boleh rambang mata dibuatnya, tetapi pada hakikatnya berapa banyak makanan yang boleh masuk ke dalam perut.

Malah kalau diperiksa pelbagai hotel menawarkan pelbagai jenis bufet Ramdhan yang betul-betul pening kepala.

Paling-paling tidak pun harganya dari RM50++ hinggalah ke beratus-ratus ringgit.

Itulah yang dikatakan pembaziran kerana duit yang sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lain dibuang begitu sahaja sedangkan kalau berbuka dengan hidangan lain pun takkan sampai ke jumlah tersebut.

Ingatlah pembaziran itu amalan syaitan.....

Monday, September 8, 2008

TAK HABIS-HABIS BERGADUH....

Beberapa hari tak masuk blog kerana sibuk dengan tuntutan kerja...Sebenarnya tiada apa yang menarik hendak dilakarkan melainkan timbul beberapa isu tentang perkauman yang dijadikan head line akhbar-akhbar tempatan.

Secara peribadi isu itu sebenarnya boleh diselesaikan tanpa perlu melalui akhbar malahan ia boleh diselesaikan cepat jika individu tertentu tidak ketegaq (degil).

Ia berlarutan kerana semua pihak mengambil kesempatan di atas kegoyangan UMNO yang mengetuai BN selain sikap keras kepala yang tidak mahu mengaku salah oleh orang yang terbabit.

Pada dasarnya orang di luar lingkungan itu akan bertepuk tangan kerana berjaya melagakan pemimpin Melayu dan Cina dan perlu diketahui juga bahawa ada orang yang sangat suka dan bertepuk tangan sekarang.

Apa salahnya jika kita mengakui kesalahan yang dilakukan tanpa perlu meminat orang lain bercakap bagi pihak kita.

Inilah yang menjadi masalah dan permasalahan ketika ini dan secara kesimpulannya perlu ada permuafakatan di antara kedua pihak sama ada yang bercakap, yang melapor dan mengugut itu dan ini.

Ketahuilah tiada siapa yang akan menjuarai isu ini kerana keburukan itu akan menyerlahkan lagi kebodohan seseorang......

Wednesday, September 3, 2008

BISNES BERMUSIM DATANG LAGI...

Masuk je bulan puasa ni, macam-macam bisnes melintas di dalam kepala. Seingat-ingat la kan dari kecik dah buat bisnes. Masa tu jual tikam-tikam...Ada yang tikam mercun, duit dan macam-macam lagi..Memang meriah. Modal masa tu dalam RM2.50 je tapi untung berlipat kali ganda. Tu yang tikam duit, kalau yang mercun lagi la...dah la untung banyak mercun yang tak kena tikam boleh dijual lagi..Janji masyukkkk....

Itu masa budak-budak, tapi dah tua bangka kita cari bisnes lain la pulak..Yang pasti dan tak pernah tinggal ialah bisnes serunding @ sambal daging.

Serunding ni memang famous lebih2 lagi kalau nak makan pada hari raya. Dia punya rasa kalau makan dengan ketupat fuh...meleleh air liur. Kalau makan ratah pun sodappp....

Bagi kawan2 yang dah pernah beli dan rasa serunding yang aku jual, aku gerenti duia punay kualiti dan rasa..Sebab serunding ni import dari Kelantan lebih specifis lagi dibuat dari Kampung Laut (tempat tu memang famous dengan keropok, dodol, gelembong buaya, serunding @ sambal daging) sebabnya tu kampung bapak gue...he.he..he..

Tapi memang betul sambal daging atau serunding dari Kampung Laut memang rasanya tidak boleh dipertikaikan...Acu cuba try test...kata org Kelantan..

Harganya masih lagi kompetetif.. malah masih terlalu murah jika dibandingkan yang dijual di pasar-pasar Ramadhan yang dah tentu tak sedap dan mahal...Believe me ok.

1. Serunding daging RM46 sekilo
2. Serunding ayam RM56 sekilo
3. Serunding ikan RM36 sekilo.

Kalau nak setengah kilo pun boleh...harga bahagi dua dari di atas

Kenapa...tak percaya..Acu cuba try test tengok.

Tuesday, September 2, 2008

Sekadar Teringat.....

Ramadhan sebenarnya bukanlah bulan untuk kita makan bersunguh-sungguh, lebih-lebih lagi kalau berkunjung ke pasar Ramadhan. Rambang mata dibuatnya...bayangkanlah dengan pelbagai juadah dan hidangan kalau boleh semua hendak makan.

Tapi bagi yang duduk jauh dengan emak sudah tentu rindu akan masakan orang tua kita lebih-lebih lagi masa berbukalah kita dapat merasa masakan yang enak-enak (sebab perut dah lapar).

Memang waktu begini pelbagai juadah terbayang-bayang di kepala...Alangkah sedapnya jika dapat bercuti sebulan di bulan puasa...

Tapi ingat makan hanya sekadar yang perlu untuk kita mengalas perut. Sebab lepas itu kita perlu menunaikan solat terawih...Bercerita tentang terawih, masa kecik-kecik dulu banyak masa dihabiskan dengan bermain mercun dan bermain-main di luar masjid.

Budak-budak katakan...masa orang sibuk bersembahyang kita di belakang bermain mercun habis satu kampung BERGEGAR.

Namun itu hanyalah kenangan masa lalu...Nostalgia tetap akan diingati kerana ia mendewasakan kita semua...

Monday, September 1, 2008

1 RAMADHAN 1429

Berbeza dengan hari-hari lain, pertama Ramadhan amat dinantikan apatah lagi semalam menunaikan ibadah terawih di malam pertama.

Ramadhan ini akan dilalui berseorangan kerana anak bini ada di Johor..kesiankan..

Buka puasa seorang diri...bersahur pun seorang diri...Harap2 tahun ini puasa akan cukup sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua dan diri sendiri.