Sunday, August 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Sekadar berkongsi renungan......

1 September seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia akan berpuasa dan pada bulan inilah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita. Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali ?

Sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam ?

Belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma dan tunaikan solat Maghrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan di siang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Menyentuh solat fardhu, kalau pada hari dan bulan lain kita lakukan solat tapi tidak sesempurna maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah.

Di waktu malam marilah bersolat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kita berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .

Gambarkan keadaan suasana puasa, buka, sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam? Alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.

Renenung-renungkanlah sekadar buat ingatan untuk kita semua.....Selamat Berpuasa

MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA..

Tepat detik 12 tengah malam 31 Ogos 2008 maka genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sebagai rakyat yang menghuni di bumi yang bertuah ini pelbagai pahit manis serta saat-saat sukar dan kejayaan telah dikongsi bersama.

Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia menjadi negara yang adil, makmur dan perkasa kepada semua rakyat tanpa meminggirkan hak mana-mana kaum.

Selama 51 tahun kita telah berjuang untuk melihat negara ini bangun dan berdiri di atas nama MALAYSIA bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Maka dengan kemerdekaan ke-51 ini, janganlah kita mempersia-siakan kemakmuran dan kemurahan rezeki yang masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara lain

Bersyukur kepada Allah SWT kerana Malaysia masih menjadi sebuah negara yang aman dan makmur......

Saturday, August 30, 2008

Letih yang amat sangat

Selepas kecewa dengan kekalahan MU 1-2 di tangan Zenit St. Petersburg, daya juang untuk bekerja hari ini agak lemah sikit...Kena pulak terpaksa membuat liputan meeting UMNo cawangan di Kepala Batas.

Masa agak terbuang kira-kira 4 jam di sana, maklumlah Pak Lah yang rasmi sudah tentu ramai orang menunggu termasuklah yg ada hajat (tengok ramai orang membawa fail2 sulit dan juga surat utk mendapat sokongan dari PM). Macam2 gelagat.....

Hari pun semakin petang sementara menunggu ambang merdeka yang akan disambut beberapa jam lagi dari sekarang.

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke -51...semoga Allah merahmati bumi Malaysia yang bertuah ini.

Merdeka...Merdeka...Merdeka....

Selamat berjuang MU

Perlawanan yang ditunggu2 dah pun bermula...mata sudah mengantuk tapi masih boleh bertahan.

Kepada semua MU fan.....harap2 UEFA Super Cup dibawa balik ke Old Trafford...yeah..yeah..
Tengah menunggu perlawanan MU dgn Zenit utk UEFA Super Cup.....Harap2 MU boleh menang lagi.

Hidup MU.....

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN UNTUK BLOGGERS YANG SELALU MELAYARI LAMAN SESAWANG.....

TIADA APA YANG HENDAK DIKATAKAN, CUMA PENYERTAAN DI DALAM BLOG INI HANYA UNTUK MEMERIAHKAN SAHAJA.

BERJUMPA DI LAIN KALI......