Thursday, November 6, 2008

Selamat kembali

Assalamualaikum...Maaf kerana sudah lebih sebulan tidak mencoretkan apa-apa dalam blog ini. Komitmen kerja yang terlalu sibuk kerana terpaks memantau dua opis menjadikan masa untuk berceloteh agar terhad.

Apa pun dengan masa terluang ini diambil untuk menulis sedikit sebanyak catatan yang dilalui.

Minggu ini dan depan agak sibuk sikit dengan pelbagai meeting dan temu janji malah turut terlibat dengan beberapa game bola yang telah diaturkan.

Untuk pengetahuan, Ahad lepas Kelab Media Penang telah pun mengadakan perlawanan persahabatan dengan Penang Port di Std. Bertam di mana buat kali pertama aku telah menjaringkan hattrick dalam sejarah aku main bola di Pulau Pinang. (Selalunya paling banyak aku boleh score dua gol, tapi tak tahu kenapa hari tu aku boleh score).

Game hari tu, PMC telah berjaya mengalahkan Penang Port 4-0, kira boleh lah selepas dua bulan tak mainkan.

Apa pun selepas ini banyak lagi game akan diaturkan sehingga penghujung tahun termasuklah game yang telah diaturkan oleh Kelab Bola Utusan Seberang Jaya.

Adiossss.....

Friday, October 3, 2008

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN....SELAMAT HARI RAYA

Selepas 30 hari umat Islam berpuasa maka hari yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba. Sedihkan apabila 30 hari kita berpuasa dan menunaikan terawih bersama-sama maka tiba untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada ibu segala bulan ini. Kalau diizinkan Allah maka Ramadhan di tahun depan pasti ditunggu-tunggu untuk bersama-sama menunaikan ibadah lagi.

Satu Syawal merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umta Islamdi dunia ini selepas sebulan kita berpuasa. Ia merupakan hari kemenangan kepada seluruh umat Islam lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.

Pada hari inilah semua umat Islam berpakaian serba baru dan cantik bagi meraikan kemenangan mereka.

Bagi anak-anak kecil inilah masanya untuk mengumpul duit raya dan bagi orang dewasa inilah masanya untuk bersedekah.

Tidak salah bagi kita untuk memberi asalkan tahu akan manfaatnya.

Kepada kaum keluarga dan sahabat handai, ampun maaf dipinta dan halalkan segalanya..

SELAMAT HARI RAYA....MINAL AIDI WAL FAIZIN....

Saturday, September 20, 2008

KEMBALI BERTEMU....

Assalamualaikum...Selamat kembali selepas lebih 10 hari tidak posting bukan kerana tidak ada apa yang hendak ditulis tetapi terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk menulis.

Selama beberapa hari lepas, itulah masa yang terbaik dan cukup best untuk kau berehat selepas pilihan raya umum kecil Permatang Pauh.....Bolehlah layan rest dan macam-macam yang boleh disettlekan.

Untuk pengetahuan semua hari ini motosikal baru Honda Wave 125s hitam selamat tiba dari Kota Bharu. Masih menggunakan nombor WKW 7879 (nombor lama pada motosikal Honda EX5).

Boleh tahan juga performancenya maklumlah barang baru mestilah best....Tapi jasa EX5 WMQ 7879 tidak dilupakan walaupun motor tu dah dihantar balik ke kampung untuk kegunaan abah.

Bisnes serunding masih lagi berjalan dan sambutan begitu hangat sekali dari kawan-kawan. Thanks for your support and hopefully the business is growing and growing this year.

Kali ini order dari pelbagai kawan-kawan bukna dari press sahaja malah dari hotel dan sektor korporat malah ada juga dikhabarkan dari mak -mak datin NS, (kalau Rais tipu, korang dan aku pun tertipu).

Kira bolehlah buat beli baju raya anak-anak untuk raya tahun ini, sebab aku pun belum pasti nak raya kat mana....

Wednesday, September 10, 2008

PERANG HARGA BUFET RAMADHAN

Bulan Ramadhan sememangnya menyeronokkan apatah lagi dapat makan makanan yang pelik-pelik yang tak pernah wujud pada hari-hari biasa.

Sememangnya Malaysai amat bertuah kerana dikurniakan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap dan enak-enak, tetapi ada pihak yang masih mengambil kesempatan di atas nama Ramadhan ini.

Bercakap pasal ambil kesempatan ni, kita boleh lihat di hotel-hotel yang menganjurkan bufet Ramadhan yang kadang-kadang harganya tidak masuk akal.

Bayangkan untuk bufet Ramadhan ada hotel yang mengenakan bayaran sehingga RM200++ untuk satu kepala. Memang dari segi kepelbagaian makanan kita boleh rambang mata dibuatnya, tetapi pada hakikatnya berapa banyak makanan yang boleh masuk ke dalam perut.

Malah kalau diperiksa pelbagai hotel menawarkan pelbagai jenis bufet Ramdhan yang betul-betul pening kepala.

Paling-paling tidak pun harganya dari RM50++ hinggalah ke beratus-ratus ringgit.

Itulah yang dikatakan pembaziran kerana duit yang sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lain dibuang begitu sahaja sedangkan kalau berbuka dengan hidangan lain pun takkan sampai ke jumlah tersebut.

Ingatlah pembaziran itu amalan syaitan.....

Monday, September 8, 2008

TAK HABIS-HABIS BERGADUH....

Beberapa hari tak masuk blog kerana sibuk dengan tuntutan kerja...Sebenarnya tiada apa yang menarik hendak dilakarkan melainkan timbul beberapa isu tentang perkauman yang dijadikan head line akhbar-akhbar tempatan.

Secara peribadi isu itu sebenarnya boleh diselesaikan tanpa perlu melalui akhbar malahan ia boleh diselesaikan cepat jika individu tertentu tidak ketegaq (degil).

Ia berlarutan kerana semua pihak mengambil kesempatan di atas kegoyangan UMNO yang mengetuai BN selain sikap keras kepala yang tidak mahu mengaku salah oleh orang yang terbabit.

Pada dasarnya orang di luar lingkungan itu akan bertepuk tangan kerana berjaya melagakan pemimpin Melayu dan Cina dan perlu diketahui juga bahawa ada orang yang sangat suka dan bertepuk tangan sekarang.

Apa salahnya jika kita mengakui kesalahan yang dilakukan tanpa perlu meminat orang lain bercakap bagi pihak kita.

Inilah yang menjadi masalah dan permasalahan ketika ini dan secara kesimpulannya perlu ada permuafakatan di antara kedua pihak sama ada yang bercakap, yang melapor dan mengugut itu dan ini.

Ketahuilah tiada siapa yang akan menjuarai isu ini kerana keburukan itu akan menyerlahkan lagi kebodohan seseorang......

Wednesday, September 3, 2008

BISNES BERMUSIM DATANG LAGI...

Masuk je bulan puasa ni, macam-macam bisnes melintas di dalam kepala. Seingat-ingat la kan dari kecik dah buat bisnes. Masa tu jual tikam-tikam...Ada yang tikam mercun, duit dan macam-macam lagi..Memang meriah. Modal masa tu dalam RM2.50 je tapi untung berlipat kali ganda. Tu yang tikam duit, kalau yang mercun lagi la...dah la untung banyak mercun yang tak kena tikam boleh dijual lagi..Janji masyukkkk....

Itu masa budak-budak, tapi dah tua bangka kita cari bisnes lain la pulak..Yang pasti dan tak pernah tinggal ialah bisnes serunding @ sambal daging.

Serunding ni memang famous lebih2 lagi kalau nak makan pada hari raya. Dia punya rasa kalau makan dengan ketupat fuh...meleleh air liur. Kalau makan ratah pun sodappp....

Bagi kawan2 yang dah pernah beli dan rasa serunding yang aku jual, aku gerenti duia punay kualiti dan rasa..Sebab serunding ni import dari Kelantan lebih specifis lagi dibuat dari Kampung Laut (tempat tu memang famous dengan keropok, dodol, gelembong buaya, serunding @ sambal daging) sebabnya tu kampung bapak gue...he.he..he..

Tapi memang betul sambal daging atau serunding dari Kampung Laut memang rasanya tidak boleh dipertikaikan...Acu cuba try test...kata org Kelantan..

Harganya masih lagi kompetetif.. malah masih terlalu murah jika dibandingkan yang dijual di pasar-pasar Ramadhan yang dah tentu tak sedap dan mahal...Believe me ok.

1. Serunding daging RM46 sekilo
2. Serunding ayam RM56 sekilo
3. Serunding ikan RM36 sekilo.

Kalau nak setengah kilo pun boleh...harga bahagi dua dari di atas

Kenapa...tak percaya..Acu cuba try test tengok.

Tuesday, September 2, 2008

Sekadar Teringat.....

Ramadhan sebenarnya bukanlah bulan untuk kita makan bersunguh-sungguh, lebih-lebih lagi kalau berkunjung ke pasar Ramadhan. Rambang mata dibuatnya...bayangkanlah dengan pelbagai juadah dan hidangan kalau boleh semua hendak makan.

Tapi bagi yang duduk jauh dengan emak sudah tentu rindu akan masakan orang tua kita lebih-lebih lagi masa berbukalah kita dapat merasa masakan yang enak-enak (sebab perut dah lapar).

Memang waktu begini pelbagai juadah terbayang-bayang di kepala...Alangkah sedapnya jika dapat bercuti sebulan di bulan puasa...

Tapi ingat makan hanya sekadar yang perlu untuk kita mengalas perut. Sebab lepas itu kita perlu menunaikan solat terawih...Bercerita tentang terawih, masa kecik-kecik dulu banyak masa dihabiskan dengan bermain mercun dan bermain-main di luar masjid.

Budak-budak katakan...masa orang sibuk bersembahyang kita di belakang bermain mercun habis satu kampung BERGEGAR.

Namun itu hanyalah kenangan masa lalu...Nostalgia tetap akan diingati kerana ia mendewasakan kita semua...

Monday, September 1, 2008

1 RAMADHAN 1429

Berbeza dengan hari-hari lain, pertama Ramadhan amat dinantikan apatah lagi semalam menunaikan ibadah terawih di malam pertama.

Ramadhan ini akan dilalui berseorangan kerana anak bini ada di Johor..kesiankan..

Buka puasa seorang diri...bersahur pun seorang diri...Harap2 tahun ini puasa akan cukup sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua dan diri sendiri.

Sunday, August 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Sekadar berkongsi renungan......

1 September seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia akan berpuasa dan pada bulan inilah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita. Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali ?

Sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam ?

Belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma dan tunaikan solat Maghrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan di siang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Menyentuh solat fardhu, kalau pada hari dan bulan lain kita lakukan solat tapi tidak sesempurna maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah.

Di waktu malam marilah bersolat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kita berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .

Gambarkan keadaan suasana puasa, buka, sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam? Alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.

Renenung-renungkanlah sekadar buat ingatan untuk kita semua.....Selamat Berpuasa

MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA..

Tepat detik 12 tengah malam 31 Ogos 2008 maka genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sebagai rakyat yang menghuni di bumi yang bertuah ini pelbagai pahit manis serta saat-saat sukar dan kejayaan telah dikongsi bersama.

Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia menjadi negara yang adil, makmur dan perkasa kepada semua rakyat tanpa meminggirkan hak mana-mana kaum.

Selama 51 tahun kita telah berjuang untuk melihat negara ini bangun dan berdiri di atas nama MALAYSIA bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Maka dengan kemerdekaan ke-51 ini, janganlah kita mempersia-siakan kemakmuran dan kemurahan rezeki yang masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara lain

Bersyukur kepada Allah SWT kerana Malaysia masih menjadi sebuah negara yang aman dan makmur......

Saturday, August 30, 2008

Letih yang amat sangat

Selepas kecewa dengan kekalahan MU 1-2 di tangan Zenit St. Petersburg, daya juang untuk bekerja hari ini agak lemah sikit...Kena pulak terpaksa membuat liputan meeting UMNo cawangan di Kepala Batas.

Masa agak terbuang kira-kira 4 jam di sana, maklumlah Pak Lah yang rasmi sudah tentu ramai orang menunggu termasuklah yg ada hajat (tengok ramai orang membawa fail2 sulit dan juga surat utk mendapat sokongan dari PM). Macam2 gelagat.....

Hari pun semakin petang sementara menunggu ambang merdeka yang akan disambut beberapa jam lagi dari sekarang.

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke -51...semoga Allah merahmati bumi Malaysia yang bertuah ini.

Merdeka...Merdeka...Merdeka....

Selamat berjuang MU

Perlawanan yang ditunggu2 dah pun bermula...mata sudah mengantuk tapi masih boleh bertahan.

Kepada semua MU fan.....harap2 UEFA Super Cup dibawa balik ke Old Trafford...yeah..yeah..
Tengah menunggu perlawanan MU dgn Zenit utk UEFA Super Cup.....Harap2 MU boleh menang lagi.

Hidup MU.....

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN UNTUK BLOGGERS YANG SELALU MELAYARI LAMAN SESAWANG.....

TIADA APA YANG HENDAK DIKATAKAN, CUMA PENYERTAAN DI DALAM BLOG INI HANYA UNTUK MEMERIAHKAN SAHAJA.

BERJUMPA DI LAIN KALI......